Tuesday, 29 September 2015

Tata Tertib RasuluAllah Makan



Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cicah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 

Monday, 21 September 2015






ILAHI ANTA MAKSUDI WA RIDHAKA MATLUBI.. :) <3

wahai Tuhanku Engkaulah tujuanku dan keredhaanMu adalah pencarianku..


LAULA MURABBI..
MA A'RAFTU RABBI.. :) <3



jika tidak kerana guruku..
mana mungkin aku mengenal Tuhanku.. :) <3

Zikir Menari??

Pandangan Haron Din Berkenaan “Zikir Sambil Menari”


Kadang-kadang ada yang memberi jawapan tentang sesuatu hukum itu mengikut ‘rasa’, seperti soalan anda tentang hukum menari yang diamalkan oleh puak sufi seperti di atas, penjawab itu berkata rasanya tidak boleh. Mungkin juga ada orang lain yang akan menjawab rasanya boleh.
Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.
Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-‘Imran ayat 191).
Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.
Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”
Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.
Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.
Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.
Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.
Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.
Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”
Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-‘Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.
Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).
Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.
Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”
Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.
Wallahu ta’ala a’lam.

INDAHNYA AL-QUR'AN

Al Qur'an sebagai kitab suci umat Islam merupakan mukjizat teragung Rasulullah SAW. Di dalamnya terdapat berbagai macam ilmu yang sangat berarti bagi manusia. Tak ada satu hurufpun dalam al Qur'an yang keberadaanya sia-sia. Prof. Dr. Syekh Sya'rawi, salah seorang ulama Al Azhar Mesir menjelaskan, diantara perbedaan al Qur'an dengan kitab-kitab sebelumnya adalah bahwa keberadaan al Qur'an itu sebagai kitab suci sekaligus sebagai mukjizat. Sedangakan keberadaan kitab-kitab terdahulu (Zabur nabi Daud, Taurat nabi Musa dan Injil nabi Isa) hanya sebagai kitab suci bukan menjadi mukjizat.

Sebagai contoh. Mukjizat nabi Daud adalah suaranya yang sangat merdu, sehingga bila ada daun yang jatuh niscaya akan terhenti sejenak bila mendengarkan nabi Daud membaca kitab Zabur. Mukjizat nabi Musa adalah tongkat sakti. Dengan tongkatnya nabi Musa mampu mengalahkan para penyihir ulung Fir'aun. Mukjizat nabi Isa adalah dapat menghidupkan kembali orang yang sudah meninggal. Akan tetapi berbeda dengan nabi Muhammad SAW. Meskipun beliau mempunyai mukjizat lain seperti mampu membelah bulan, isra' mi'raj dll., tapi mukjizat terbesarnya—sebagaimana perkataan para ulama—adalah al Qur'an. Buktinya, berapa banyak orang yang memeluk Islam hanya dikarenakan mendengarkan ayat suci al Qur'an di lantunkan.
Dalam kisah perjalanan Sayyid Qutb (sastrawan penulis tafsir fi dzilal al Qur'an) ke Amerika misalnya. Suatu saat Sayyid Qutb mengimami shalat, dan beliau dengan merdu membaca beberapa ayat al Qur'an. Setelah selesai shalat ada bule yang bertanya kepada beliau, "Apa yang Anda baca ketika sembahyang tadi, sungguh aku merasakan keindahan dalam setiap kata yang terlantunkan." Dan si bule tersebut mengakui bahwa bacaan tadi bukan buatan manusia.
Salah seorang dosenku (berkebangsaan Mesir) pernah bercerita. Ketika beliau bertugas mengajar di Rusia, ada seorang ibu setengah tua datang kepada beliau seraya bertanya persis seperti pertanyaan si bule kepada Sayyid Qutb. "Apa yang Anda baca ketika sembahyang tadi?, sungguh aku merasakan keindahan dalam setiap lafadznya." Menurut pengakuan ibu tersebut, meskipun dia tidak paham maksud suara itu, ia merasakan kenikmatan tersendiri ketika mendengarnya. "Lebih indah dari suara burung yang bersiul di pagi hari," tutur ibu tadi. Subhanallah, alangkah indahnya al Qur'an.
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk selalu membaca dan menghayati kitab-Mu. Jangan Engkau jadikan dosa-dosa kami sebagai penghalang antara kami dan keindahan kitab-Mu.

“Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya Al-Qur’an itu akan menjadi syafa’at di hari Qiyamat bagi yang membacanya (ahlinya).” (HR. Muslim).