Friday, 27 November 2015

Rancangan Pengajaran Harian


Fasa Persediaan Set Induksi (1)


SOALAN?

1.    Apakah yang kamu dapat lihat dalam video tersebut?

2.    Berikan maksud konsep bersuci dalam islam.



Fasa Persediaan Set Induksi (2)


SOALAN :


1.    Apakah yang kamu dapat lihat dalam video tersebut?

2.    Dari manakah datangnya air dalam video itu?


Fasa Persediaan PPT Konsep Bersuci




Fasa Perkembangan Jadual Konsep Bersuci


KONSEP BERSUCI

Perbezaan Amalan Orang yang Bersih &  Orang yang Pengotor
Makan makanan halal dan berkualiti
Makan makanan haram, syubhah ,takberkualiti
Sentiasa menjaga kebersihan diri, ,makanan,pakaian,tempat dan fikiran
Tidak menjaga kebersihan diri,makanan, pakaian,tempat dan fikiran
Sentiasa dalam keadaan berwuduk
Sentiasa dalam keadaan kotor
Sentiasa berfikiran positif & bermotivasi
Sentiasa berfikiran nagetif dan malas
Berakhlak dan berbudi pekerti mulia
Bertingkahlaku buruk atau tidak sopan
Tidak membuang sampah merata-rata
Membuang sampah merata-rata

Bahan-Bahan Bersuci
Alat
Contoh
Kegunaan
Air Mutlak         
Air : hujan sungai, laut, perigi,  
       embun, mata air,salji
Menyucikan najis,wuduk, mandi wajib
Tanah /   debu tanah  

bertayamum, sertu
Benda-benda yang kesat
batu,kayu,kertas   
Iistinjak
Bahan yg bersifat tajam
Tawas,tahi burung merpati,
Samak kulit binatang

SOALAN LATIHAN

1.       Senaraikan  contoh-contoh air mutlak
2.       Nyatakan tiga kesan buruk org yg tidak menjaga kebersihan
3.       Sebagai ketua ,terangkan tiga cara yg perlu diambil utk tingkatkan kebersihan kelas anda







Fasa Tindakan (Lembaran Kerja)

Sila Klik Link Di Bawah :

https://docs.google.com/forms/d/1_qf6E5B7AU0ZoHt6OmHvf5xdUOl1sKnaIt5khzJ5jYo/viewform

Kebersihan Separuh daripada Iman

  1. Membersihkan Badan Dan Pakaian





Najis yang terkena pada pakaian dan badan, maka hendaklah dibasuh dengan air hingga hilang sekiranya benda najis tersebut dapat dilihat, seperti darah. Tetapi apabila setelah dibasuh itu masih ada bekasnya dan sukar dihilangkan, maka ia dimaafkan. Jika najis itu tidak dapat dilihat seperti air kencing, maka cukup membasuhnya meskipun hanya satu kali basuhan. Dari Asma Binti Abu Bakar ra berkata :
“Salah seorang perempuan datang berjumpai Nabi SAW dan bertanya : Salah seorang kami berhaid, lalu darahnya terkena pada pakaian. Apakah yang semestinya dilakukan? Beliau menjawab : Hendaklah darah tersebut dikikis, kemudian digosok dan dibasuh dengan air. Setelah itu, pakaian itu boleh dibawa dalam solat.” (Kesahihan hadis ini disepakati oleh ulamak hadis)


Jika najis itu terkena pada bahagian hujung bawah pakaian seorang perempuan, maka ia menjadi suci dengan menyentuh tanah. Dalilnya hadis berikut :

“Seorang perempuan bertanya kepada Ummu Salamah ra : Aku menghulurkan hujung pakaianku hingga terjela dan menyentuh tanah. Pada ketika itu, aku berjalan di tempat yang kotor. Bagaimanakah cara menyucikannya? Ummu Salamah menjawabnya dengan sabda Rasulullah SAW : Hujung pakaian itu menjadi suci apabila menyentuh tanah.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)


Membersihkan Tanah



Cara membersihkan tanah yang terkena najis adalah dengan mengalirkan air ke atasnya. Dalilnya hadis Abu Hurairah ra berkata :
“Seorang arab badawi berdiri lalu kencing di dalam masjid. Ramai sahabat yang berdiri untuk menangkapnya sekali gus membalasahnya. Melihat itu, Nabi SAW bersabda : Biarkan dia, kamu hanya perlu menyiram kencingnya itu dengan sebaldi atau segayung air. Ingatlah bahawa kamu diutus untuk memberi keringanan, bukannya untuk mendatangkan kesukaran kepada orang lain.” (Riwayat oleh sekumpulan ulamak hadis kecuali Muslim)

Tanah yang terkena najis menjadi suci apabila ia kering dan demikian pula benda-benda yang berada di sekelilingnya. Seperti pokok dan bangunan. Abu Qilabah berkata : “Keringnya tanah bererti menandakan kesuciannya”. Aisyah ra berkata : Sucinya tanah ialah dengan cara mengeringkannya. Ini apabila najis itu cair. Tetapi jika najis itu beku, maka tanah tidak menjadi suci melainkan benda najis tersebut dihilangkan atau dibuang.


Membersihkan Kulit Bangkai



Kulit bangkai sama ada bahagian luaran mahupun dalamnya, dapat disucikan dengan cara menyamaknya. Dalil hadis Ibnu Abbas ra berkata :
“Nabi SAW pernah bersabda : Jika kulit disamak, maka ia menjadi suci.”

Samak ialah menyucikan kulit haiwan selain anjing dan babi dengan syarat-syarat tertentu. Ia menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman¬-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya :
“Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.” (Riwayat Muslim)

Menurut pendapat yang sahih, ketika menyamak kulit binatang tidak wajib dibasuh dengan air. Oleh itu, sunat sahaja ketika menyamak kulit itu disertai dengan air. Dalam hal ini apabila kulit berkenaan selesai disamak maka harus ia diperjualbelikan, walaupun ia tidak dibersihkan dengan air.

Akan tetapi dalam masalah menggunakannya untuk kepentingan ibadat solat, seperti dibuat pakaian untuk menutup aurat dan seumpamanya, ataupun untuk kegunaan menyimpan barang yang basuh seperti air dan seumpamanya, tidak harus menggunakan kulit yang telah siap disamak bagi tujuan-tujuan tersebut (untuk dibawa sembahyang dan menyimpan benda yang basah) melainkan setelah dicuci dengan air, walaupun ia disamak dengan bahan yang suci, apatah lagi jika kulit itu disamak dengan menggunakan bahan penyamak yang najis, kerana kulit yang telah disamak itu diumpamakan seperti pakaian yang terkena najis.


Membersihkan Cermin Dan Seumpamanya



Membersihkan cermin, pisau, pedang, kuku, tulang, kaca, bejana berkilat dan setiap kepingan yang tidak berlubang adalah dengan cara menyapu najis berkenaan sehinggalah hilang kesan-kesannya. Para sahabat pernah mengejakan solat, sedangkan mereka membawa pedang yang terkena darah dalam peperangan. Mereka menyapukan mata-mata pedang itu dan cara itu mereka anggap sudah memadai untuk menyucikannya.

Membersihkan Kasut



Selipar dan kasut yang bernajis menjadi suci dengan cara menggosokkannya ke tanah hingga kesan najis tersebut hilang. Dalilnya hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri berkata :
“Nabi SAW bersabda : Jika salah seorang kamu datang ke masjid, maka hendaklah membalikkan kedua-dua seliparnya dan kemudian memperhatikan bahagian telapaknya. Jika terdapat kotoran, hendaklah menggosokkannya ke tanah, kemudian dia dibolehkan memakainya dalam solat.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Di samping itu, kasut dan selipar merupakan benda yang selalunya terkena najis. Oleh yang demikian, menyapunya dengan benda kesat seperti tanah dan batu sepertimana cara menyucikan tempat istinjak sudah memadai malah lebih diutamakan. Ini memandangkan tempat istinjak yang bernajis hanya disapu sebanyak dua atau tiga kali sahaja, sementara selipar dan kasut kerap kali menyentuh benda-benda kesat tersebut.


Perkara Yang Terdapat Dalam Kehidupan

Tali yang biasa digunakan untuk menjemur pakaian terkena najis, kemudian ia kering disebabkan sinar matahari atau tiupan angin adalah dibolehkan menjemur pakaian bersih ke atasnya sebaik sahaja ia kering.
Sekiranya sesuatu objek jatuh ke atas seseorang tanpa diketahui sama ada air biasa atau air kencing, maka dia tidak perlu memastikan objek yang jatuh itu. Tetapi jika dia tetap ingin mengetahui objek berkenaan dengan cara bertanya, maka orang yang ditanya tidak diwajibkan memberi jawapan, meskipun dia tahu bahawa objek tadi sebenarnya benda najis. Di samping itu, si penanya juga diwajibkan membasuh bahagian yang terkena objek yang jatuh itu.
Jika kaki atau hujung pakaian terkena sesuatu benda basah pada waktu malam tanpa diketahui apakah sebenarnya benda basah tersebut, maka dia tidak diwajibkan untuk mengetahuinya seperti mencium dan sebagainya.
Tidak diwajibkan membasuh apa jua benda yang terkena tanah jalanan. Kamail Bin Ziyad berkata : “Aku melihat Ali ra berjalan di tengah-tengah lumpur setelah hujan turun. Namun beliau terus masuk ke dalam masjid, lalu mengerjakan solat tanpa membasuh kedua-dua kakinya terlebih dahulu.
Jika seseorang sudah mengerjakan solat, tiba-tiba terlihat najis pada pakaian atau bahagian badannya yang sebelumnya tidak diketahui, atau mengetahuinya tapi lupa membersihkannya, atau tidak lupa tapi tidak sanggup menanggalkannya, maka solatnya tetap dikategorikan sah dan tidak perlu mengulanginya.
Seseorang yang tidak mengetahui tempat najis pada pakaiannya diwajibkan membasuh kesemua pakaiannya itu. Sebab, tidak ada jalan lain untuk menanggalkan najis tersebut melainkan dengan cara membasuh kesemua pakaiannya. Ini termasuk ke dalam kaedah yang menyatakan : Jika suatu kewajipan tidak sempurna melainkan dengan adanya perkara lain, maka ia juga menjadi wajib.
Jika pakaian milik seseorang itu bercampur antara yang bersih dengan yang najis sehingga dia berasa kebingungan memilih mana satu yang bersih dan yang najis, maka dalam hal ini dia dikehendaki memilih pakaian yang dianggap bersih mengikut keyakinannya. Namun dia hanya dibenarkan memakainya untuk sekali solat sahaja, tanpa mengira jumlah pakaiannya itu sama ada sedikit mahupun banyak. Kes seumpama ini sama halnya dengan masalah kiblat, di mana seseorang dituntut berijtihad menentukan arah kiblat untuk sekali solat sahaja, manakala solat berikutnya dia dikehendaki berijtihad semula dalam menentukan arahnya.

Kenali Jenis-Jenis Air Untuk Bersuci

Air Mutlak

Menurut Syeikh Abu Abdullah Hussin Nasir Bin Muhammad Taib dalam kitabnya Hidayatul As-Subyan mengatakan bahawa :

“Tiada sah mengangkat hadas dan menghilangkan najis melainkan dengan air yang mutlak iaitu tiap-tiap air yang suci daripada qaid yang lazim seperti tebu, gula, sabun dan umpamanya, dan iaitu tiap-tiap air yang turun daripada langit seperti hujan dan embun atau air yang keluar daripada bumi seperti air laut, air sungai dan air telaga. Maka sekelian itu suci dirinya dan suci bagi yang lainnya atas barang apa sifat adanya.”

Secara ringkasnya maksud air mutlak ialah air yang suci pada dirinya dan dapat menyucikan yang lain. Air mutlak adalah air yang belum bercampur dengan najis, air takungan yang lebih dari dua kolah dan air yang tidak digunakan lagi dan tidak bercampur dengan zat-zat yang lain. Jenis-jenis air yang terdapat dalam bahagian air mutlak ialah air sungai, air perigi, air hujan, air embun, air laut, air salji, air mata air dan air paip.
  • Sukatan dua kolah : Panjang = 60 cm (22.5 inci). Lebar = 60 cm (22.5 inci). Dalam = 62.5 cm (25 inci).
  • Ukuran timbangan atau sukatan : Liter = 174 liter. Kilogram = 190 kilogram. Kati = 317 kati. Tin minyak tanah = 11 tin
AIR SUNGAI
SALJI
AIR


AIR EMBUN
AIR LAUT

Air Mustakmal

Menurut Ibnu Akhil di dalam kitabnya yang berjudul Zadul Al-Mutaalim mengatakan bahawa :

“Air mustakmal adalah air yang kurang daripada dua kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas seperti air yang telah digunakan pada wuduk dan mandi atau air yang telah digunakan pada menghilangkan najis.”

Secara ringkasnya air mustakmal ialah air yang telah digunakan, seperti air bekas mandi, air bekas wuduk, air bekas basuhan dan seumpamanya. Air mustakmal tidak sah dan tidak suci digunakan untuk menyucikan yang lain.

Air Mutanajis

Air mutanajis ialah air yang bercampur dengan najis. Ada beberapa ketetapan mengenai air mutanajis iaitu :
  • Air yang mengandungi najis kurang dari dua kolah, sekalipun air itu tidak berubah warna, bau dan rasa. Maka hukum air itu adalah mutanajis dan tidak sah untuk bersuci.
  • Bila air melebihi dua kolah, tetapi air tersebut berubah warna, bau dan rasa disebabkan najis. Maka air itu dinamakan air mutanajis dan tidak sah digunakan untuk bersuci.
  • Air dicampuri barang yang tidak najis, tetapi mempunyai warna, bau dan rasa pada air tersebut, maka air itu tidak sah digunakan untuk bersuci.

Air Musyammas

Menurut Syeikh Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani di dalam kitabnya Matla Al-Badrain mengatakan bahawa :

“Air musyammas suci lagi menyucikan tetapi makruh isti’mal (menggunakannya) pada badan orang yang takut terkena penyakit sopak. Air Musyammas adalah yang berkekalan tetapnya dan ia dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas di dalam bekas (bejana).”

Secara ringkasnya air musyammas ialah air yang bertakung di dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri yang panas. Air ini suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan untuk bersuci. 

Air Muqayyad

Air muqayyad ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Contohnya air mawar, air kopi, air tebu, air sabun dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua :
  1. Qayyad Lazim iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
  2. Qayyad Musfaq iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka air tersebut masih lagi dinamakan sebagai air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air muqayyad yang membawa pengertian air bervariasi. Kesimpulannya air muqayyad ialah air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu. Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. Contohnya air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

  • Semoga kita dapat mengulangkaji dan mengenali jenis-jenis air ini. Faham dengan jelas akan pengkelasannya kerana tanpa menggunakan air yang bersih dan suci ini...ibadah kita tidak sah dan diri kita sentiasa dalam keadaan berhadas.









Alat-Alat Bersuci

Alat-alat bersuci ialah air mutlak, tanah dan benda-benda  kesat yang suci 
seperti batu, kertas, daun kering, kayu kering dan tisu.

BATU

KAYU KERING

DAUN KERING

TISU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) : IBADAH : KONSEP BERSUCI DALAM ISLAM

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
PENDIDIKAN ISLAM

Mata Pelajaran                  : Pendidikan Islam (Ibadah)

Kelas                                  : Tahun 3 Cemerlang

Tarikh / Hari                       : 11 Jun 2013 / Rabu

Masa                                   : 10.30-11.30 Pagi ( 30 minit )

Bilangan murid                  : 24 Orang

Tajuk                                   : Ibadah : Konsep Bersuci

Pengetahuan sedia ada     : Murid biasa menggunakan air untuk bersuci dan kegunaan   
                                               seharian seperti mandi, minum dan sebagainya.


Standard Kandungan         : 3.1 memahami dan mengamalkan konsep bersuci

Standard Pembelajaran      :3.1.1  menyatakan pengertian bersuci dan hukumnya 
                                               3.1.2  menyenaraikan cara-cara bersuci
                                               3.1.3  menyebut faedah bersuci
                                               3.1.4  menyatakan akibat tidak bersuci
 

Objektif                                 : selepas pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1.    Menyatakan maksud bersuci dengan betul selepas penerangan daripada guru
2.    Menyebut dan mengeja perkataan air mutlak dan jenis-jenis air mutlak dengan betul selepas aktiviti mengeja
3.    Mengaplikasikan penggunaan air mutlak dalam kehidupan seharian.

Kemahiran berfikir               : Menjana Idea / Membuat Keputusan

Gabung jalin                         : Akhlak ( Menjaga Kebersihan Alam Sekitar )

Penyerapan                          : Pendidikan Seni Alam Sekitar

Penerapan                            : Kerjasama Menjaga Alam Sekitar

E.M.K.                                    :  1. keusahawanan        : bertanggungjawab terhadap
                                                                                        keputusan dan peka kepada peluang

                                                 2. kreativiti dan inovasi : ingat kembali penerangan dan 
                                                                                        perbuatan guru

                                                 3. teknologi maklumat  : penggunaan video dan power point

Bahan Bantu Mengajar        : video dan power point

Friday, 2 October 2015

Terjaga di tengah malam

Diriwayatkan daripada Ubadah bin Somit RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda ;

من تَعَارَّ من الليلِ فقال : لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ ، لهُ المُلْكُ ولهُ الحمدُ ، وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ ، الحمدُ للهِ ، وسبحانَ اللهِ ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكبرُ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ، ثم قال : اللهمَّ اغفرْ لي ، أو دعا ، استُجِيبَ لهُ ، فإن توضَّأَ وصلَّى قُبِلَتْ صلاتُهُ

“Barangsiapa terjaga pada malam hari, kemudian dia berdoa dengan membaca ;

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata-mata, tiada sekutu baginya, milikNyalah segala kerajaan dan pujian, Yang Maha menghidupkan dan mematikan, di tanganNyalah segenap kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji hanya bagiNya dan tiada illah yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya serta upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Kemudian setelah itu dia berdoa;

'Ya Allah ampunilah aku”

Ataupun berdoa dengan perkara yang lain daripada itu nescaya akan dikabulkan permintaannya. Sekiranya dia berwudhu lalu solat maka akan diterima pula solatnya.”

[Riwayat Al-Bukhari, Abu Daud dan Al-Tirmidzi]

# Semoga Allah memasukkan kita ke dalam syurga dan rahmat-Nya.

Tuesday, 29 September 2015

Tata Tertib RasuluAllah Makan



Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cicah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. 

Monday, 21 September 2015






ILAHI ANTA MAKSUDI WA RIDHAKA MATLUBI.. :) <3

wahai Tuhanku Engkaulah tujuanku dan keredhaanMu adalah pencarianku..


LAULA MURABBI..
MA A'RAFTU RABBI.. :) <3



jika tidak kerana guruku..
mana mungkin aku mengenal Tuhanku.. :) <3